About Us

'Seeing is Believing'


Syarikat berlesen bertempat di Alaska, di asaskan oleh rakyat Malaysia yang menetap di USA bersama suaminya berkerakyatan USA. Sebelum ini pengasas Kembara USA telah berkhidmat selama 10 tahun dalam bidang pelancongan dan mempunyai pengalaman yang luas di dalam bidang inbound dan outbound travel semasa di Malaysia. Apa yang mendorong pengasas Kembara USA menubuhkan syarikat ini apabila dia mendapati program lawatan percutian yang ada lebih kepada melihat panorama yang popular tanpa menitik beratkan persoalan 'kenapa negara yang dilawati berbeza dengan Malaysia' dari segi pemikiran. Adat. cara hidup, pemakanan dan sejarah.


Kembara USA lebih menitikberatkan 'realiti' berbanding dengan 'glitz and glamour'. Kembara USA tidak hanya menunjukkan tempat tumpuan pelancong, tapi Kembara USA juga akan menunjukkan persekitaran dan gaya hidup seharian rakyat tempatan tanpa mengabaikan kegemaran rakyat Malaysia untuk membeli belah serta tetap menghormati pantang larang dan pegangan rakyat Malaysia.



Misi

Kembara USA sangat menitikberatkan kesahihan informasi tentang tempat, adat, cara hidup, ekonomi, keagamaan, mahupun politik di USA. Memandangkan suami pengasas Kembara USA adalah rakyat tempatan USA, anda berpeluang untuk bertanya segala apa kemusykilan dan mitos yang anda tahu tentang USA melalui kaca TV dan internet. Apa sahaja soalan walau anda fikir ianya agak sensitif, insyaallah, akan jelaskannya tanpa ada sikap berat sebelah. Misi kami lebih kepada merapatkan jurang pemikiran dan mengurangkan kebencian yang direka reka oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggung jawab melalui cakap cakap dan andaian. Kerana itulah, 'Seeing is Believing' adalah merupakan tagline kami.


Semoga lawatan kembara anda ke USA meningkatkan lagi nilai dalam hidup dan mampu mendekatkan lagi diri anda dengan Pencipta secara spiritual dan meningkatkan kefahaman sesama manusia tanpa mengira warna kulit, pegangan agama serta status


Insyaallah.